Wednesday, August 03, 2022

Perbahasan Rang Undang-Undang Pindaan Akta Kastam 1967

 Perbahasan Rang Undang-Undang Pindaan Akta Kastam 1967 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 03.08.2022.

Video here: https://fb.watch/e-agIregF4/

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan pindaan Akta Kastam 1967.
Saya ingin merujuk kepada seksyen 145C- “Power to extend period” dan juga 145 dan “Power to modified terms and condition.” Saya dapati dua seksyen baharu ini dengan perkataan “extension of period” dan juga “terms and condition” telah muncul dalam sembilan undang-undang yang telah disenaraikan dalam Order Paper kita.
Bukan sahaja atas Akta Kastam, pindaan Akta Eksais 1976, pindaan Akta Zon Bebas 1990, pindaan Akta Cukai Pelancongan 2017, pindaan Akta Levi Pelepasan 2019, pindaan Akta Levi Kenderaan Borang Barang 1983, pindaan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1988, pindaan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan pindaan Akta Cukai Jualan 2018.
Saya tidak mahu ulang sembilan kali tetapi saya hanya ucap di sini. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apa maksud “kecemasan awam” yang telah disenaraikan dalam sembilan rang undang-undang ini, sama ada banjir kilat- malam semalam di Johor Bahru menyebabkan 500 buah kereta terbabas di Johor Bahru ataupun kelmarin juga Yang Berhormat Baling mengesahkan bahawa banjir lagi di Baling.
Ada dia terjumlah kepada kecemasan awam yang disebutkan “public emergency”? Saya hairan juga apabila beberapa bulan yang lalu, kita telah mengungkai tujuh Ordinan Darurat. Kalau masih ingat kita ungkai- tujuh Ordinan Darurat. Kita tinggal lagi Ordinan Darurat untuk Grik dan juga Bugaya, belum diungkai. Sama ada masih di Bugaya dan Grik masih ada public emergency lagi.
On paper dalam undang-undang masih lagi kerana masih belum diungkai. Hairan juga Pilihanraya Kecil Bugaya tidak diadakan sekian lama. Walaupun kita tahu COVID-19 sudah masuk endemik, tetapi tidak diungkaikan lagi. Terjumlahkah kepada public emergency yang kita sebut dalam kesembilan- dalam rang undang- undang ini?
Sama ada pembayar cukai di kawasan-kawasan Grik dan Bugaya tidak perlu membayar cukai yang sembilan undang-undang ini, cukai dan levi kerana ia terjumlah kepada public emergency.
Tuan Yang di-Pertua, dan juga “public health crisis”- “krisis kesihatan awam” tidak ditakrifkan secara jitu dalam sembilan rang undang-undang ini. Apa maksud “public health crisis”? Maksud “public health crisis” mengikut standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) maksudnya- Monkeypox sekarang- cacar monyet telah diisytiharkan oleh WHO sebagai krisis kesihatan, maka ia akan terpakai juga untuk Malaysia. Oleh itu pendrafan rang undang-undang kesembilan ini, menggunakan secara subjektif memberikan kuasa subjektif kepada Menteri.
Sepatutnya takrif “public emergency” dan “public health crisis” ini perlu dibawa ke Parlimen. Parlimen yang membuat keputusan sama ada- ada berlaku “public emergency”, atau sama ada berlaku “public health crisis”.
Sekarang pula Eksekutif datang ke Parlimen, meminta supaya Yang Berhormat Menteri boleh membuat keputusan untuk kedua-dua ini.
Saya mendapati bahawa waktu dahulu, Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829]. Akta yang besar yang membuat pindaan banyak akta rang undang-undang sebagainya, recognized COVID-19 sebagai public health crisis. Itu perlu dibuat sedemikian, kalau tidak perkara-perkara kecil, kawasan-kawasan kecil diisytiharkan public emergency.
Saya juga meragui keperluan takrif tersebut kerana dia tidak perlu datang ke Parlimen, tidak perlu pewartaan. Sama ada pewartaan diperlukan dalam akta, saya tidak nampak keperluan itu. Sama ada keperluan untuk table letak atas meja Parlimen, diwartakan, kemudian di atas meja Ahli Parlimen untuk memaklumkan kepada Parlimen bahawa terdapat pengisytiharan public health emergency, public health crisis.
Saya menggulung Tuan Yang di-Pertua dan juga seksyen 145D kuasa Menteri, “...on the advice of the Director General time to time modify the terms and condition...” Maksud dia kuasa Ahli Yang Berhormat Menteri boleh juga untuk modify terms and condition untuk mana-mana perkara tentang akta ini, terms and condition. Itu satu seksyen yang luas skop dia. Yang Berhormat Menteri boleh menggunakan kuasa tersebut untuk tanpa datang ke Parlimen, untuk tukar peraturan dan sebaginya.
Untuk pihak yang aggrieved party, pihak yang membayar cukai yang aggrieved party, apakah remedy untuk mereka? Ini kerana hanya ada kuasa Yang Berhormat Menteri untuk varies ataupun modify terms and condition tetapi tiada kuasa rayuan pembayar cukai tanpa dinyatakan kuasa sama ada kalau kita mesti tahu bahawa dia ada- pembayar cukai boleh membuat semakan kehakiman- judicial review ataupun rayuan, tetapi kosnya akan tinggi dan perlu pergi ke mahkamah.
Tidak ada ditulis mechanism rayuan terhadap keputusan Yang Berhormat Menteri yang begitu luas kuasanya. Ini bukan sahaja terpakai untuk Akta Kastam 1967 tetapi untuk sembilan rang undang-undang yang kita akan bahas bermula saat ini sampai ke petang, sampai pagi besok, semua mempunyai kedua-dua klausa yang saya bangkitkan tadi.
Saya cadangkan supaya sekiranya ada public emergency dan public health crisis, sepatutnya langkah-langkah sementara yang kita telah luluskan, formatnya, semangatnya atau intentionnya perlu dilaksanakan supaya Parlimen diberi kuasa untuk menentukan apa maksud public emergency. Parlimen diberi kuasa untuk menentukan apa maksud public health crisis dan bukan atas seorang Menteri. Itulah hujah saya. Sekian, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan extension of time kepada saya. Terima kasih.

No comments: